Friday, 27 September 2013
pernah?
pernah tak kau rasa sayang sangat
kat sesorang
sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu
sampai kau sanggup maafkan apa jua salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih
untuk lupakan dia
sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doa
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada
sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau
sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?
aku tak pernah.
SOFA BIRU by Nadhira Brundage
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku mungkin pernah.
ReplyDeleteTapi bila masa sudah makan semua
Hanya angin meniup saja
Terbang hilang entah ke mana
Mahu disimpan semua rasa
Perginya sehembus nafas cuma
Biarlah pergi semua ada
Sakitnya cuma sedalam dada